Wordless Sunday ✿

assalamualaikum :-) ahad haritu boleh dikatakan happening gila lah. pagi pagi lagi ibundaku dah terpekik terlolong suruh bangun. k bangun lah. pastu pergi ikea. mak aku kalau pergi sana borong sakan lah jawabnya, penat berjalan. nasib baik ada ice cream vanilla my feveret tu. weheee now im craving for ice cream :-(. okay pastu masa tengah jalan jalan dalam tu, nampak langsir yang memang ohsem tidak terkata. lawaaaaaaaaa. tapi tak beli pun, ma kata tunggu abah. sad life. then sesi menangkap gambar bermula ;)
ehem, sory itu kakak sulung saya *cough* umurnya 22 tahun *cough again*
dia pendek dan tak cukup zat *cough, cough and cough again*

lepastu, pergi sambut birthday abang syafiqa a.k.a YB. abang syafiq tu ialah kekasih ataupun buah hati, buah anggur, buah epal dan segala buah kakak saya. YB is stand for yang boroi, yang buncit dan yang besaaar. hahaaha, memang kitaorang panggil dia nama tu pun ;). 

Tapi cake tak beli lagi, so pergi beli dekat Cake Sense. Stuff dia sangat baik. saya bagi 5 bintang service kedai tu. cake tu beli kecik je, sebab gua takmakan cake dan tak berapa sukakan cake. tapi sedaplah jugak. Tiramisu cake. gambar sangat diperlukan ye? haha


Selepas beberapa jam kemudian. dah planning nak makan dekat Restoran Haslam. Restoran itu kepunyaan dan Hak Milik Datuk Yusoff Haslam. Alah, bukan mahal pun lah. dia bukan Restoran 5 star tu, dia kedai makan biasa. makan pun boleh pakai tangan je. Chill babeh, nak pergi makan mahal-mahal buat apa? makanan tu masuk perut je pun. Btw, aku dgn kakak aku memang minat dekat anak dia tu. Syafiq jugak namanya. hensemmmmmmm. tapi takada punya kat kedai tu kan? haha berangan jelah anak dia nak ada kat kedai tu. Lepas makan nasi, sesi sambut birthday bermula.

seee? YB bukan?! hahaha abang gelak kemain tengok cake ni.

senyum tak ikhlas :3
dengan kekasih hati beliau. sweet ah? hahaha 

lepastu dah bye bye semua. pergi space U8. tempat ni baru je buka.. tapi mall dia besar yang amat. i guess 1-2 tahun nanti mesti tempat tu popular. maybe sama taraf dengan Sunway Pyramid. maybe lah. pastu balik rumah buat apa yang patut. thats all. Assalamualaikum again <3

No comments:

Post a Comment