Wordless Sunday ✿

assalamualaikum :-) ahad haritu boleh dikatakan happening gila lah. pagi pagi lagi ibundaku dah terpekik terlolong suruh bangun. k bangun lah. pastu pergi ikea. mak aku kalau pergi sana borong sakan lah jawabnya, penat berjalan. nasib baik ada ice cream vanilla my feveret tu. weheee now im craving for ice cream :-(. okay pastu masa tengah jalan jalan dalam tu, nampak langsir yang memang ohsem tidak terkata. lawaaaaaaaaa. tapi tak beli pun, ma kata tunggu abah. sad life. then sesi menangkap gambar bermula ;)
ehem, sory itu kakak sulung saya *cough* umurnya 22 tahun *cough again*
dia pendek dan tak cukup zat *cough, cough and cough again*

lepastu, pergi sambut birthday abang syafiqa a.k.a YB. abang syafiq tu ialah kekasih ataupun buah hati, buah anggur, buah epal dan segala buah kakak saya. YB is stand for yang boroi, yang buncit dan yang besaaar. hahaaha, memang kitaorang panggil dia nama tu pun ;). 

Tapi cake tak beli lagi, so pergi beli dekat Cake Sense. Stuff dia sangat baik. saya bagi 5 bintang service kedai tu. cake tu beli kecik je, sebab gua takmakan cake dan tak berapa sukakan cake. tapi sedaplah jugak. Tiramisu cake. gambar sangat diperlukan ye? haha


Selepas beberapa jam kemudian. dah planning nak makan dekat Restoran Haslam. Restoran itu kepunyaan dan Hak Milik Datuk Yusoff Haslam. Alah, bukan mahal pun lah. dia bukan Restoran 5 star tu, dia kedai makan biasa. makan pun boleh pakai tangan je. Chill babeh, nak pergi makan mahal-mahal buat apa? makanan tu masuk perut je pun. Btw, aku dgn kakak aku memang minat dekat anak dia tu. Syafiq jugak namanya. hensemmmmmmm. tapi takada punya kat kedai tu kan? haha berangan jelah anak dia nak ada kat kedai tu. Lepas makan nasi, sesi sambut birthday bermula.

seee? YB bukan?! hahaha abang gelak kemain tengok cake ni.

senyum tak ikhlas :3
dengan kekasih hati beliau. sweet ah? hahaha 

lepastu dah bye bye semua. pergi space U8. tempat ni baru je buka.. tapi mall dia besar yang amat. i guess 1-2 tahun nanti mesti tempat tu popular. maybe sama taraf dengan Sunway Pyramid. maybe lah. pastu balik rumah buat apa yang patut. thats all. Assalamualaikum again <3

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED


saya saja nak guna tulisan warna merah. sebab saya tengah syok ni dan saya tahu yang Man Utd akan menang sebentar lagi. maaflah ayat saya terlalu skema. tapi saya dah semangat sangat ni. GGMU GGMU GGMU GGMU. Liverpool terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka ye? ahaks. hahaha k minta maaf dari hujung padang bola stadium shah alam hingga stadium bukit jalil. ampunkan dosa saya :-)

Permintaan dari adik gemok

ni pasal adik "acikkkkkkkkkk, adik nak makan kuih samprit. puhlisssss *minta simpati face*" dengan berat hati dan berat tulangnya. demi adik tercinta, aku buatlah juga kuih untuk dia. saya jadi chef okay harini? *take breath* cara buat dia:-
 
Ingridients: 
telur-sebiji
tepung gandum- 200 gm
tepung jagung- 180 gm
tepung custard- 180 gm
esen vanilla- satu sudu
planta/margerin/buttercup- 250 gm
gula icing- 180 gm

Cara-cara:
mentega/planta/buttercup ni mix dengan gula icing. pastu buat sampai dia kembang sekembang-kembangnya.

pastu letak lah telur. then mix lagi sampai dia kembang sekembang-kembangnya.
dia akan jadi gini ^ and kalau nak warna dia comel comel lah kan, letak lah pewarna kuning. kalau nak style pun boleh. letak warna biru ke, merah ke. hijau ke. baru lain dari lain kan? haha.
then. masukan semua tepung tadi. and one more thing. jangan guna mixer tau. guna tangan and kalau dia lembik, tambah tepung gandum. kalau dia keras tambah planta/margerin/buttercup tu. takboleh tambah air.
so begini rupanya bila dia dah jadi dough. kalau dah rasa dia tak berapa keras, tak berapa lembik and dah tak melekat kat tangan tu. dah okay lah dough tu. so its time untuk pipe dia.
ni contoh piping dia. tapi lagi better guna kecik tu sebab dia sedang pegang and guna. yang besar tu payah sikit. 
tabur tepung jagung atas dulang tu. nanti tak adalah melekat. 
beginilah rupanya. letak ceri tau atas dia. sebenarnya kalau eri tu ada warna lain mesti aku beli dah, ni ada 2 colour je. takpelah redha.

pastu bake dalam oven. suhu dia 160 atau 165 darjah. 18 atau 15 minit. 

selepasnya beginilah. so dah siap :-) 

ni gambar gambar tadi


thats all. good luck :)





THEM :)

here we go!
this girl. im not sure dia girl ke tak. hahaha tak tak tak, gurau je. dia ayu lagi sopan. sopan teramat sopan *tangan dibahu mata merata* nama dia Nisha Nabila. she's atlit. hyper tahap habis. taken/single? entah soalan itu digantung. dia terror bowling. bila baling bola, tak strike. spare. tak spare, strike. kalau bukan dua-dua, longkang lah maksudnya.
okay, yang ayu kemain ni 'aqilah syafiqah. anak shamsuddin. alah yang ada kaki dua, mata dua, hidung satu tu. kenal? great. highfive! nampak je ayu dalam gambar ni. tapi tak reti malu bila satu team. "just the way you are" bak kata bruno mars. she's taken by Muhammad Zulfakhri. *mengeluh* takpe takpe. group aku ramai lagi. isi borang nanti aku pos sekor sekor. 
 "ahoi, cek mek molek. ohoi, cek mek molek" dipetik dari perkataan Johan Raja Lawak. lalalala taktau nak cakap apa sebab dia ni memang omey omey omey dan dia gila fashion! okay aisyah alias yang sedang baca ni, saya tahu anda sedang kembang tak kuncup-kuncup. k chah k. sila kuncup kembali sebab aku nak kutuk kau nih. habit dia pelik sikit. bila belakang Messi  dia, kemain gilanya terserlah. bila depan Messi dia. tut... tut.. tut.... sila cuba sebentar lagi. 
nadirah anak mad noor. maaf! gambar kau yang senget ni jugaklah yang aku dapat. hahaha. takpe korang buat senaman kepala. dia ni lagilah tak tahu malu. kalau dia tak ada sehari, hidupku tak sempurna. mandiku basah, tidurku lena, makan ku kenyang. macam sempurna je tanpa kau mek nad? haha kidding. dan gambar yang last ni bestpren si nad ni. maksudnya yg paling rapat dengan dia dlm team kitaorg ni.
yang ni lawa. dia lawa. tu jelah bye. hahaha tak tak tak, tak habis lagi. dia yang beriya iya suruh aku masukkan gambar dia. so nak carik pasal, aku masukkan pasal dia last sekali. hahaha habislah kat sekolah nanti aku kena belasah. burn baby burn~ back to the topic, dia ni satu kepala ngan nad tu hah, tak reti malu. memang tak reti. waktu yang sesuai je dia akan malu. aku taktau lah weh aku tengah puji kau ke tengah kutuk ni. hahahaha. so thats all for my team. Assalamualaikum :-)
Yes, they light up my world. thanks friend. thanks and thanks again ;-)


Saya dan Dia

Hai. itu saya itu saya *excited face* oh oh yang free hair sebelah saya tu syahira wildani. nak tengok tahap kecomelan dia tekan ah gambar ni :-)

Kami :)

my team. dont touch or hurt them, if you do that. i'll kill you. i'll punch you face. clear? actually 'aqilah and nisha tak ada masa ni. nanti aku masukkan. from the left: anis suraya(gua) syahira wildani,aisyah alias,dalilah,nadirah.